Saturday, May 1, 2010

Sebahagian daripada diriku.

Apakah yang ada di dalam permikiran dan jiwa aku yang membentuk dan menjadikan diri aku sekarang? setiap orang adalah berlainan dan tidak mungkin sama personalitinya dengan orang lain walaupun bagi sepasang kembar.cara berfikir,cara berinteraksi,cara pengurusan diri dan pengalaman adalah antara faktor2 yang menentukan personaliti orang itu.

Siapa diri aku sebenarnya. aku seorang yang pemalu tambahan lagi dengan orang yang tidak kenal ataupun rapat. tapi sifat ini selalu disalah anggap sebagai sombong kerana tidak bertegur sapa dengan orang yang tidak kenal atau rapat. aku pasti dikatakan pemalu oleh orang2 tua yang baru aku jumpa atau kenal kerana aku selalu berdiam diri ketika orang lain sibuk berbual. sewaktu kecil aku selalu berlari ke dalam bilik sekiranya ada tetamu yang datang ke rumah kerana sifat maluku.tetapi sekarang apabila sudah dewasa perangai itu sudah hilang sedikit semi sedikit. tapi kalau ada anak dara datang rumah lari tetap lari walaupun rumah sendiri.haha..pendiam juga adalah sifat aku dengan orang yang tidak kenal atau rapat. aku tidak suka bercakap benda2 yang merapu2 dihadapan orang yang baru kenal kerana ia akan menjadi 1st impression kepada orang lain. cukuplah sekadar berbual perkara2 yang perlu sahaja. namun jika bersama kawan2 yang rapat adalah tidak salah merapu2 sekadar menghiburkan hati.

Dalam percakapan juga aku tidak suka "bercakap tapi x serupa bikin". andai aku katakan tidak suka sesuatu, aku pasti tidak akan menyukainya walau apa keadaan pun. contohnya aku tidak suka keluar dengan perempuan. aku tidaklah seperti sesetengah orang yang tidak suka melihat kawan lelaki keluar bersama kawan perempuan tetapi dia pula suka untuk keluar bersama kawan perempuan. aku juga tegas dalam menyatakan pendapat tetapi aku jarang mengemukakannya kerana hanya meluahkannya apabila berasa betul2 yakin dengan pendapat aku. aku tidak suka memberi pendapat sekadar untuk menarik perhatian tetapi pendapat itu tidak bernilai langsung.

Dalam membuat keputusan pula aku jarang membuat keputusan yang turut melibatkan orang lain seperti dimana untuk makan beramai2,pukul berapa pergi ke hospital bersama2 dan sebagainya sekiranya keputusan yang dibuat tidak menjejaskan dan menyusahkan aku. tempat mkn yang murah mnjadi pilihan ketika aku kekurangan duit dan pergi ke hospital awal agar mudah mendapat parking adalah keputusan yang akan aku buat jika perlu.

Menyimpan sesuatu dalam tempoh yang lama adalah sifat aku yang tak pernah berubah dari dulu. aku suka menyimpan bil barang2 penting yang aku beli seperti hadiah,meseg2 yang comel, penting atau daripada seseorang yang aku suka atau penting sehingga masih ada lagi meseg yg dihantar pada april 2007 dalam inbox hp aku yang dah hampir seratus lebih meseg di dalamnya. ada juga meseg ucapan hari raya yang 2 thun berturut2 aku masih simpan.sekarang aku ada 1 kotak yang menyimpan barang2 kenangan sepanjang dalam universiti. andai diberi hadiah pasti aku jaga dengan sebaik mungkin seperti selipar buddy yang masih elok aku simpan sampai sekarang.

Berkapel or bercinta. benda yang aku tidak pernah lakukan sepanjang hidup selama 22 tahun. ramai yang tidak percaya dan mengatakan aku menipu dan cara yang mudah untuk menjawabnya adalah mengatakan "kalau dapat cari awek or at least bekas awek aku pun dah cukup, aku bagi RM50 or belanja makan apa saja yang engkau nak". cara yang sangat berkesan untuk menutup mulut orang. orang kata berani kerana benar.haha.. kenapa aku tidak pernah berkapel?? jwpan mudah adalah diri nie x handsome,tak ada sapa yang nak.haha. tapi sebab yang sebenarnya adalah tak ada yang betul2 menarik hati aku. mungkin orang itu mempunyai ciri2 yang aku suka tetapi pada masa yang sama dia ada juga ciri2 yang aku benci. betul tidak ada orang yang perfect dalam dunia ini termasuklah aku tetapi sekurang2nya biarlah kekurangan itu dapat ditutup dengan kelebihannya. alasan lain yg entah betul ke tidak adalah aku ini suka mengutuk kebodohan yang dilakukan oleh orang yang berkapel kerana apabila berkapel berfikir secara rasional akan berkurangan dan paling teruk adalah tidak rasional langsung. bergayut 2 3 jam sehingga pagi sedangkan ada lecture keesokan harinya, berpegangan tangan, mendedahkan aurat seperti memberi gambar tidak bertudung dan banyak lagi benda yang dilakukan kerana hanyut dalam mabuk cinta. mungkin ada yang terasa hati dengan kenyataan ini tetapi ini adalah pandangan dan isi hati aku dan tidak ada siapa yang boleh memarahi atau menafikannya. mungkin ada yang akan berkata "kau tak berkapel lagi boleh la cakap macam itu, cuba berkapel dulu baru la cakap,ntah2 engkau lagi teruk". mungkin ada kebenarannya orang yang berkata begitu, tetapi jika kita tidak suka sesuatu atau orang lain melakukannya,adakah kita akan membuatnya juga? contohnya merokok, kamu tidak suka asap rokok dan orang yang merokok kerana orang yang merokok ini selalunya pengotor, adakah kamu juga akan merokok? contoh lain adalah seperti mencuri,ragut,memukul orang dan lain2 lagi. tetapi aku insan biasa yang akan sentiasa diuji oleh penciptanya, mungkin ujian yang datang adalah keinginan untuk berkapel. sekiranya ujian itu datang, aku berharap aku dapat menghadapinya dengan sebaik mungkin dan tidak tergelincir daripada landasan yang sepatutnya.
Berkenaan minat aku terhadap warna biru. aku amat meminati warna ini adalah kerana sejak dari kecil aku selalu didedahkan dengan warna ini. rumah sukanku ketika sekolah rendah adalah warna biru dan selama 6 tahun warna biru menjadi warna yang menaikkan semangat aku. semasa sekolah menengah adalah warna kuning namun selalu kalah tetapi apabila masuk mrsm kembali biru dan menjadi rumah sukan yang digeruni. warna biru memberi ketenangan kepada aku kerana kita menjadi tenang bila melihat langit yang biru dan laut yang membiru pantulan daripada warna langit. aku ini jenis yang jika minat sesuatu aku akan sentiasa minat. kebanyakkan barang aku berwarna biru dan ini antara perkara yang memudahkan aku kerana pemilihan warna tidak menjadi masalah bagiku. namun begitu, aku merasakan sudah masanya aku berubah sedikit demi sedikit untuk memberi peluang kepada warna lain untuk hadir dalam hidupku. tetapi biru akan tetap menjadi warna kegemaran aku sampai bila2.

Cukuplah setakat ini dulu sebahagian daripada hidupku. lepas ini mungkin aku akan ceritakan bahagian2 lain dalam hidupku seperti bagaimana ciri2 perempuan yang aku suka dan tidak suka, apa kegemaran aku daripada kecil hingga besar,kenapa aku minat memasak, apa prinsip hidup aku dan lain2 lagi. tapi semua itu bukanlah dalam masa terdekat kerana aku menulis apabila ada kelapangan dan mood. dan aku menulis adalah untuk orang mengenali aku yang sebenarnya kerana aku tidak suka berahsia dengan orang tetapi aku penyimpan rahsia yang boleh diharapkan.

p/s: cukuplah sekadar membaca di sini.tidak perlulah diperkatakan di luar.
cukuplah sekadar mengetahuinya di sini, tidak perlulah ditanyakan lagi di luar.
cukuplah sekadar aku tahu kamu membacanya, tidak perlulah memberitahu yang kamu membacanya.
enjoying my life as the others enjoying their lifes.

1 comment:

  1. gila sincere weyh. nak salute jap lah :)

    p/s : kte suka. kte suka. and kte percaya !

    ReplyDelete