Kenapa perlu memilih waktu begini? ini adalah kerana pada waktu ini jiwa perempuan sangatlah terisi dan tiada perasaan kesunyian dan kesedihan. andai kata perempuan itu tidak betul2 mnyukai kamu sepenuhnya maka tidak mustahil utk dia menolak kamu ketika dia sedang gembira.
Saya mengambil contoh Hari Raya, perempuan itu pulang ke rumah untuk mnyambutnya dengan family,sedara dan kawan2. ketika itu perempuan itu tentulah berasa tersangatlah gembira bertemu keluarga,sedara n kawan yg sudah lama tidak berjumpa. tiada langsung rasa kesedihan dan kesunyian.ketika inilah masa yang sesuai utk menguji keikhlasan hatinya menerima kamu. namun begitu jgnlah pada hari raya pertama kerana takut akan menjejaskan moodnya utk berhari raya.pilihlah 2 3 hr selepas event yg mngembirakan namun jangan terlalu lama selepas event itu kerana kegembiraan itu sudah hmpir tiada.
Namun ada juga lelaki yg mengambil langkah mudah dengan melamar ketika perempuan sedang kesunyian dan kesedihan seperti ditinggalkan kekasih lama. tidak dinafikan cara ini sgt senang dan effective kerana ketika itu memerlukan perhatian dan kasih syg seseorang. andai perempuan itu tidak mempunyai kawan baik untuk meluahkan perasaan maka orang yang mengambil berat tentangnya menjadi tempat meluahkan perasaan. tetapi jika perempuan itu menerima lamaran ketika itu adalah tidak mustahil dia menerimanya dengan tidak ikhlas seperti ingin menunjukkan kepada kekasih lamanya dia sudah ada kekasih baru walaupun dia masih menyayangi kekasih lamanya dan tidak menyayangi kita. banyak sudah saya jumpa dan dengar kisah tentang pasangan kembali kepada kekasih lama. orang kata senang dapat maka senang jugalah hilangnya.
Perempuan yang tiada kawan baik adalah senang untuk menerima lamaran orang kerana sentiasa dalam kesunyian termasuklah perempuan yang di sekelilingnya ramai kawan yg sudah ada kekasih.oleh itu kalau aku nak propose perempuan aku akan pilih ketika dia dalam kegembiraan bersama keluarga dan kawan di sekeliling. mungkin agak susah untuk perempuan menerimanya ketika itu tapi sekurang-kurangnya itulah isi hatinya yang sebenarnya.
p/s: akhirnya dapat keluarkan pemikiran yang tersimpan nie.mungkin ada yang akan kata tidak betul tapi itulah realiti yang aku dapat lihat,dengar n fikirkan.orang yang bersabar akan mendapat apa yang dicarinya. x sabar nak tunggu Hari Raya.
HAHA..
No comments:
Post a Comment