Saturday, June 5, 2010

Percutian di Bako National Park.

Dah lama x menulis blog.kesibukan dan kemalasan menjadi halangan untuk membolehkan blog ini sentiasa di update. tapi insyaAllah selepas ini blog ini akan kembali aktif. mungkin 10 baris sehari or petikan artikel or tips yg menarik utk dikongsi bersama.
Kali ini saya ingin menceritakan tentang percutian saya di Bako selama 2 hari 1 malam (2-3/6/2010) bersama kawan2 kolej. lawatan ini dibuat sbagai aktiviti semasa cuti Hari Gawai kerana ramai yg tidak pulang ke rumah semasa cuti ini.lawatan ini melibatkan 22 org kwn yg lain (11 lelaki n 11 perempuan)
Mengikut perancangan kami perlu berkumpul di kolej pada pukul 7.00pg dan bertolak pada pukul 7.30pg.saya perlu mengambil 2 orang budak perempuan kerana mereka tinggal di luar kolej. jadi pada pukul 6.50pg saya keluar utk mengambil mereka. apabila sampai di kolej pada pukul 7.15pg bnda yg saya jangkakan berlaku. kawan perempuan yang memang sejak 1st year terkenal dengan lewatnya masih tidak turun sedangkan orang yang tinggal di luar kolej pun sudah sampai.malam sebelum itu pun sudah beberapa kali mengingatkn dia supaya tidak lewat termasuklah meminta agar budak perepuan lain utk mengejutkannya.namum mungkin sudah menjadi kebiasaan dan tabiatnya oleh itu agak susah utk mengubahnya.dia turun pada pukul 7.45pg. tidak siapa mahu memarahinya kerana tidak ada gunanya kerana dia tidak pernah berubah.supaya tidak membuang lebih banyak masa maka kami terus bergerak. 4 buah kereta (aku,hafriz,athlin,PCG) dan 2 buah motor digunakan. cuaca pada pagi itu cerah dgn hujan yg sedikit rintik.
  • aku-alia,safra,asyuhada
  • hafriz-awi,faiz 1st year,ruduan,faiz 5th year
  • athlin-kamariah,marlina,suhana,ira
  • PCG-ikhwan,luqman,nadiah,huda,ika
  • motor-kimi,syed,keri,pak ya
Seperti biasa destinasi pertama ada sahabat cafe utk bersarapan terlebih dahulu.Alhamdulillah apabila faiz 5th year sudi belanja budak lelaki makan.kemudian kami meneruskan perjalanan ke jeti. sebelum itu kami perlu menunggu di tepi jalan sementara menunggu kereta PCG mengambil ika di rumah kerana ika tidak mahu membawa kereta mahupun datg ke kolej.
Sampai di jeti kami meneruskan perjalanan dgn menaiki bot ke pulau Bako.kami menaiki 2 buah bot iaitu
  • budak perempuan+luqman
  • budak lelaki
memang kurang ajar apabila pada mulanya member2 laki bila menyuruh aku duduk 1 bot dengan budak ppuan. saje nak pekena aku la tu. tapi aku just mengelak dengan menyuruh luqman yg naik. kalau suruh budak laki lain pn mesti x mahu.
Memang best bila naik bot. rasanya last sekali naik pun time kat KK dulu. pemandangan gunung santubong n kawasan paya bakau yang indah n rasa nyaman bayu pantai menjadikan perjalanan menaiki bot suatu pengalaman yg menarik.perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit. sampai di sana lebih kurang pada pukul 11pg namun kami cuma dapat check-in pada pukul 2 ptg. oleh itu kami mengambil keputusan untuk berkelah di tepi pantai terlebih dahulu sambil menjamu selera makan tengah hari. menu tgh hari adalah ayam masak lemak cili padi yang dimasak di tepi pantai. tukang masak adalah kimi manakala huda sebagai pemberi arahan kerana mengikut resepi dia. masakan itu memang sedap.kami beruntung kerana Proboscis Monkey atau monyet belanda yg kami mahu lihat tiba2 dtg bergayut dan makan di atas pokok yang berhampiran dengan kami. suatu pengalaman yang amat berharga.
Selepas check-in kami meneruskan aktiviti dgn jungle treckking ke telok pandan. bagi aku ok la sebab kurang mencabar compare panjat gunung kerana perjalanannya panjang dalam 45minit-1jam namun mndatar. apabila sampai separuh pejalanan kami berada di puncak Bako dan permandangan di situ sangat cantik kerana dapat melihat kawasan pantai dengan lebih jelas. kami meneruskan perjalanan turun ke kawasan teluk. best sebab dapat mandi di pantai kerana air di sini agak ok compare di tempat tinggal yang agak berselut.
Di sini berlakunya peristiwa yg bakal mnjadi sejarah. dekat tepi pantai ini ada batu besar yang yg boleh kita terjun ke dalam laut. ada la dlm 1-1.5 meter dari paras laut n xda la bahaya sgt. semua budak lelaki sudah terjun dari batu itu dengan selamat. nadiah,safra n ika berminat utk terjun sama. nadiah pun bertanya la kepada luqman sama ada selamat atau tidak utk terjun dari batu itu.luqman pn menjawab la selamat dan boleh je lompat. namun apabila ika tanya pula luqman kata bahaya dan x perlu la naik takut nnti cedera. memang benda itu menjadi bahan kutukan budak laki la. namun mereka naik dan terjun dengan selamat. itu pun lepas ditolak oleh aku dan awi sebab hampir 15 minit berdiri atas batu tapi x berani nak trjun.kami pulang ke pntai tempat tinggal dgn menaiki bot kerana semua dah x larat untuk patah balik berjalan kaki.tapi perlu bayar la. time nie la kami dapat melihat batu besar yang famous tu. yang selalu kluar dalam tv dan internet.
Sampai di hostel kami mandi n solat asar sebelum kami pergi ke pntai utk melihat matahari terbenam. pada malam pula kami mengadakan BBQ. di hostel kami perlu berwaspada dgn babi hutan n beruk. babi tidak lah ganas seperti beruk yang akan menyerang manusia utk mendapatkan makanan.mujur lah pada waktu malam beruk2 itu sudah tidur cuma babi je masih cergas.
Pada waktu pagi kami bersarapan sandwich dan memasak makan tgh hari kerana selepas ini kami ingin jungle trekking lagi sekali.takut penat tidak berdaya nak masak nnti. menu hari ini adalah nasi ayam,sambal bilis dan telur rebus. trekking hari ini cuma sekejap.mungkin seperti berjongging pada waktu pagi. seperti biasa kami makan tengah hari di tepi pantai. pada pukul 2.30pm kami bertolak pulang ke jeti menaiki bot. kali ini pak ya pula yg duduk dngn budak perempuan.
Bagi yang ada kereta waktu ini terfikir adakah masih ada kereta di jeti takut ada yg pinjam n x pulangkan balik. Alhamdulillah semua kereta masih ada.

~Pengalaman ke Bako National Park memang suatu pengalaman yang menyeronokan dan semua orang yang datang ke kuching patut pergi ke sana menikmati alam semula jadi~ ^_^

2 comments:

  1. Thanks Ojan jantan Buas sebab ade sebut nama aku sbgai tukang masak. tp...x sebut pun sebagai organizer..pastu hyperlink lh skit blog aku 2..

    ReplyDelete
  2. setuju setuju. add lah link kimi travelblog. baru cara. heee ;)

    ReplyDelete