Saturday, April 24, 2010

Setelah lama menyepi

(24/04/2010)
hari ini ialah hari yang telah dirancang utk berkelah di air terjun kubah. bermula daripada awal pagi, persediaan untuk berkelah dilengkapkan kerana persediaan telah dimulakan pada hari sebelumnya lagi. barang2 telah dibeli oleh awi, naim dan hafriz.
pada malam sebelumnya bahan2 untuk dimasak pada hari berkelah telah disediakan oleh afiq, awi dan keri. bawang putih,bawang besar,lobak merah, dan kentang telah dikupas dan dipotong oleh mereka.
awal pagi dimulakan dengan merebus telur yang telah di"pinjam" daripada hazemi oleh awi. telur itu akan digunakan untuk membuat sandwish selain mengunakan mayonis lady's choice, ikan sardin dan roti yang telah dibeli oleh badrul. kimi sebagai tukang masak utama telah mula mengoreng ayam walaupun aku dah berjanji nak masak malam sebelum itu tapi sebab memikirkan takut ayam menjadi keras jika masak terlalu awal maka aku tidak menggoreng ayam malam sebelumnya.
semua barang2 yang perlu dibawa telah disediakan seperti papan memotong,dapur,minyak,tikar dan lain2. semua barang2 kemudianya dimasukkan ke dalam kereta. tiga kereta digunakan iaitu kereta hafriz,ika dan aku. destinasi pertama adalah apartmen tempat Dr. Saw tinggal kerana telah berjanji untuk membawa dia bersama. dia ditemani Dr. Kin iaitu doktor baru dlm OnG departmen. mereka mempunyai kereta sendiri. jumlah semua yang menyertai perkelahan ini adalah 17 orang iaitu awi, kimi, naim, hafriz, mad (2nd year), luqman, ika, afiq, syed, ikhwan, badrul, najib, aris, keri, Dr Saw,Dr. Kin dan aku.
mula2 pergi sahabat khan dulu untuk breakfast sebab nanti perlukan tenaga yang banyak untuk mendaki gunung serapi ke air terjun. di sahabat khan terjumpa prof fadzilah dan my mentor Dr. Syamsir datang untuk breakfast juga. kat situ juga dapat aku terlihat "my taste"..hehe.. tapi ini kurang ajar,bukan sahaja my matrix no. je member2 aku tahu, siap macamna taste aku pun tahu juga. boleh main teka2 mesti aku tengok budak tu. tapi just luaran je. orang kata cantik luar saje pn x guna if mulut macam longkang perangai macam sampah.
bermulalah perjalanan ke gunung serapi. apabila sampai kat matang je kimi dah berbisik sesuatu yang agak memeningkan kepala la.."periuk x bawa,nak masak macamna nanti". betul juga, chef hebat macam mana pun still perlu periuk/kuali.tak kan la nak masak atas tangan pula. keputusan telah diambil untuk ke rumah Makcik Nor untuk meminjam periuk tapi orangnya tiada di rumah dan mungkin pergi ke pasar. jadi terpaksalah pergi ke kedai untuk membeli periuk. disebabkan oleh kesulitan yang sepatutnya tidak berlaku maka kereta aku menjadi kereta yang terakhir sampai. kami memulakan perjalanan mendaki gunung serapi untuk ke air terjun yang mengabil masa dalam sejam hingga sejam setengah.
amat membanggakan apabila najib,badrul dan Dr. Saw dpt sampai ke air terjun. bila sampai di sana aku pun rehat sebentar sambil membasahkan badan kerana kimi dan aku kena mula memasak bahan2 yang telah dipotong di kolej. kalau masak di sana baru dapat makan lauk panas2 lepas beremdam dan mandi dalam air yang sejuk.nikmatnya.. sayur campur dan ayam masak kicap menjadi menu hari ini selain buah tembikai sebagai pencuci mulut.
selesai je masak hujan tiba2 turun dengan lebat. nasib baik la sempat masak. kalau hujan sebelum tu dan api x dpt dihidupkan menu ulam sayur campur dan ayam goreng la menjadi menu tengah hari.
selepas 3 jam berada di sana. kami pun mulalah bersiap untuk pulang dan perjalan tidaklah susah kerana menuruni bukit sahaja. ini akan menjadi salah 1 daripada pengalaman2 yang indah bersama kawan-kawan.
sampai di kolej dalam pukul 5.45pm, smua orang sudah kepenatan. selepas solat asar kebanyakkan sudah tertidur. aku tidak tidur kerana membaca berita dan bermain fb. then selepas solat maghrib aku masih melihat rakan2 ku (awi n naim) masih tidur. aku ingin mengejutkan mereka tetapi biarkan lah dulu kerana mungkin mereka masih kepenatan.ada juga kawan2 lain yang mengejutkan mereka tetapi tidak membuahkan hasil langsung dan aku sudah menjangkakannya kerana aku sendiri asyik menguap ketika solat maghrib.aku pun join tidur sekali. 10 minit sebelum waktu isyak mereka masih belum bangun. jadi terpaksalah mengejutkan mereka secara drastik, tak ada goyang2 badan or tepuk2 bahu lagi. kalau buat seperti itu tentu x akan sempat mereka bangun untuk solat.jadi aku pun menarik tangan mereka sehingga duduk dan mengingatkan maghrib cuma tinggal kurang daripada 10 minit. mujur la mereka sempat solat maghrib dalam waktu.
aku keluar makan bersama hafriz dan afiq di secret recipe. tidak ramai yang mahu ikut kerana tidak ada duit. sebenarnya aku pun tidak ada duit tetapi just ikut sahajalah n makan benda murah2 sudah(murahlah sangat)..aku makan nasi n black papper chicken,afiq dengan spegettinya dan hafriz dengan daging kambingnya. seronok bila dapat makan separuh daging kambing RM25 sebab tuan dia dah tak larat nak makan dan afiq pula tak makan kambing sebab nak jaga koletesrol. dan lebih seronok bila afiq menceritakan cerita yang panas a.k.a gosip. makanan menjadi lagi sedap..haha.. sebelum balik sempat beli donut di big apple sebab kitaorg pergi makan di the spring.

p/s:hari yang menggembirakan dan memenatkan..gambar aku tak ada untuk diuploadkan..just tunggu encik roskimi uploadkan or tunggu aku ambik daripada dia dulu la


No comments:

Post a Comment