Hari ini (8/4/2010) tak perlu bangun awal pagi untuk study. Lepas solat subuh boleh duduk relax sambil buka fb dan baca manga online. Dah seminggu tak komen apa2 dalam fb. Just baca status dan comment orang saja. Tak ada mood nak join komen sama2.
Plan hari ini adalah menderma darah dan gunting rambut. Mula2 dulu rancang nak derma darah bila balik rumah tapi dah ditakdirkan untuk terus berada di kuching so just derma je la kat kuching. If tangguh untuk tunggu sampai pulang ke rumah nanti lama pula. Lagipun dah dekat 5 bulan x derma darah sedangkan selang 3 bulan je. If dah sampai 6 7 bulan rugi la pula sebab dah boleh derma 2 kali. Ini dah masuk kali ke-5 menderma darah. 1st time dulu pun bukan sebab diri sendiri nak derma tapi ada kawan minta tolong sebab my blood group (A+) sama dengan cousin dia yang bakal buat pembedahan dan perlukan darah. After that baru terasa nak derma darah sebab kenapa tidak mahu derma pula sedangkan darah yang kita derma tu nanti akan restore balik oleh badan. Lagipun tak ada lagi kes orang mati sebab derma darah. Yang ada pun orang mati sebab kehilangan darah dan bekalan darah tak ada sebab tak ramai orang nak derma darah. Alasan yang selalu aku dengar adalah tak cukup berat badan dan takut jarum.
Setakat ini just ada pengalaman menderma di Hospital Umum Sarawak dan Hospital Sibu. Di hospital sibu, setiap kali menderma darah, penderma akan diberi kupon makanan RM4 yang boleh digunakan kat kantin hospital. If dapat derma darah hari2 or at least seminggu mesti aku selalu derma sebab boleh selalu makan free. Tapi peraturannya kena selang 3 bulan untu derma darah supaya memberi masa agar badan dapat restore balik darah dan kandungan zat besi dalam badan. Di kuching pula lepas derma darah, penderma akan diberi makan telur separuh masak 2 biji, biskut dan air milo or tea. Tapi apa yang menariknya di kuching adalah ada tempat parking khas untuk penderma darah. if tahu awal2 mesti naik kereta datang hospital. Tapi sebab tidak tahu tentang itu dan tahu tentang bertapa fullnya parking kereta di SGH, maka aku pun bejalanlah ke hospital.
After derma darah pergi gunting rambut pula. Seperti biasa kedai gunting rambut dekat Waterfront menjadi tempat aku menggunting rambut sejak 1st year lagi. Member2 selalu bertanya kenapalah style rambut aku sama je dari dulu dan tak pernah berubah2? Sebabnya adalah aku akan pergi kedai yang sama je sepanjang masa. Di rumah, aku ada kedai gunting rambut yang aku pergi sejak kecik lagi (yang aku ingat sejak umur 5 tahun sehinggalah sekarang sekiranya aku balik rumah). Orang kedai gunting rambut selalunya sudah kenal aku dan aku hanya perlu duduk tanpa perlu berkata apa2 sebab style rambut sama je dan aku memang jenis malas nak cakap banyak..hehe..Waktu di sibu pun sama, kedai gunting rambut di bandar tempat selalu aku gunting rambut. Aku jarang pergi gunting rambut di salon kecuali lah terpaksa contohnya baru sampai tempat baru dan tak tahu lagi tempat kedai gunting rambut. Aku tak suka salon sebab baunya yang busuk dan gunting tak seberapa tapi mahal la pula.
Hari ini juga masa untuk mengemas buku2 dan barang2 yang dah dikeluarkan untuk mengulangkaji dulu.
Esok result akan keluar. Harap2 lah aku pass dan semua rakan2 yang lain turut sama pass selepas terpaksa belajar ketika orang lain sedang bercuti dan tidak dapat pulang bercuti bersama keluarga. Berdebar-debar rasanya dan apa saja keputusan peperiksaan dan takdir-Nya, kita sebagai hambanya hanya dapat redha sekiranya apa yang ditakdirkan tidak seperti yang kita mahukan kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
No comments:
Post a Comment