dalam kul 8 lbh baru lah yang lain bangun. lepas mereka siap beramai-ramailah pergi amah curry house utk breakfast.
Balik breakfast terus start kemas beg n buku2 sebab dah berselerak sangat ruang tamu tempat aku merempat ini. disebabkan boring maka aku,afiq,ikhwan,syed dan luqman pergilah Spring untuk jalan2 sambil tunggu time lunch kat sana.my menu selalunya nasi arab dengan kari kambing. balik je daripada Spring terus tido sekejap sbb dah mengantuk dan tak boleh tidur lebih2 sebab kena ambil hafriz kat airport nanti. before sampai kolej lepas ambil hafriz singgah sebentar kat seberkas untuk beli barang keperluan hafriz n barang yang orang pesan pada aku.
Sampai kolej, aku sambung balik kemas apa yang patut. sambil tu tolong jugala orang yang baru nak ambil barang dan kotak2 untuk diangkut ke atas sebab ada sesetengah kotak bagi lelaki agak berat apatah lagi perempuan nak angkat. tapi macam biasa bagi aku, if barang itu berat dan tidak mampu diangkat oleh perempuan barulah aku tolong angkat. Tapi kalau kotak itu pn senang untuk diangkat just tolong tengok je la. hehe..
Menjelang petang, hampir semua budak lelaki sudah sampai kecuali awi dan abangnya, hafiz. ptg ini juga kimi baru sampai. selepas sembahyang isyak, aku,afiq,ikhwan,luqman, syed,kimi dan naim keluar makan di M juntion. banyak benda yang diborakkan selepas lama dah tak makan beramai-ramai antara lelaki kat kuching lepas pergi sibu.
Besok bermulalah hidup aku dan kawan2 sebagai pelajar perubatan unimas tahun 4. malam ini kena iron baju n seluar. lap kasut hitam sikit sebab xda pengilap kasut. lupa nak beli. azam baru nak jadi lebih baik. so luaran pun kena elok selain dalaman. kerana luaran mencerminkan dalaman dan perbuatan mencerminkan akhlak.
hari ini adalah hari lahir ibuku yang tersayang dan rasanya dah 45 tahun ibu sekarang. dah tua ibuku. Moha Allah memanjangkan usianya dan memberi kesihatan yang baik kepada ibuku.harap2 sempatlah ibuku menimang cucu..hehe.. terasa amat rindu aku kepada ibuku sebab kali terakhir bertemu adalah pada Hari Raya Aidilfitri tahun lepas. rindu ibuku teramat sgt..
..SELAMAT HARI LAHIR IBUKU.. =)
No comments:
Post a Comment