pagi ini ada grand ward round pukul 8.00pg. bertolak pukul 7.30pg. naik kereta sorang2 sebab orang lain tak bersiap lagi tambahan pula yang naik motor,lagi la lambat siap sebab tak akan tersekat dalam kesesakan lalu lintas. pagi ini rasa amat bersemangat, 1st time bersiap nak pergi hospital sentosa,perasaan yang hampir sama waktu 1st time pergi hospital sibu dulu tapi hospital sentosa lagi jauh,dalam 10-15 minit kalau jalan tidak sesak.tapi kalau jalan sesak 30 minit pun belum tentu sampai. so dapatla ambik feel macam pergi kerja lama sikit. memandu kereta dengan buka aircond dan radio sambil dengar radio hot fm. tengok orang lain pergi kerja dan budak2 pergi sekolah. nanti bila dah jadi HO mungkin macam ini perasaannya bila pergi hospital.
pukul 7.40pg sampailah di hospital sebab tidak ada kesesakan jalan raya sepanjang perjalanan.hazemi sebagai ketua posting meminta semua berkumpul dahulu sebelum masuk ward sebab di sini setiap ward dikunci maka untuk memudahkan kerja adalah lebih baik semua orang masuk serentak. oleh sebab group aku tak perlu masuk grand ward round jadi dapat la clerk patient untuk 1st time. siti alia dan nadia mengajak aku clerk patient yang berada di bawah pokok di tepi taman sebagai langkah berjaga2 kalau apa2 berlaku kepada mereka dan kami berada dalam subgroup yang sama. seorang lelaki umur dalam 30-an sedang duduk bersama kawannya(pesakit juga) di atas kerusi yang telah disediakan.
bermula dengan meminta izin untuk duduk bersama dan bertanyakan soalan. selepas mendapat izin kami pun bertanyakan lah soalan bersama2.mungkin merasa diri tidak dihargai maka berlalu pergilah patient lagi seorang membawa diri.haha..kesian.tapi nak buat macam mana. tak kan la nak clerk 2 patient serentak di tempat yang sama. patient kami ini menghadapi masalah merasakan orang lain dapat membaca fikirannya dan dia selalu lari dari rumah untuk menjauhi diri daripada orang lain dan mencari ketenangan. tempat yang selalu dia pergi adalah pantai dan kubur.selepas banyak soalan ditanya barulah tersedar bahawa masih tidak memperkenalkan diri dan bertanyakan nama patient. nama patient Alvin dan berasal dari Sri Aman.kami turut memperkenalkan diri masing2. selepas selesai clerk kami pun beredar untuk melihat case note Alvin namun MA yang bertugas sedang sibuk menerangkan sesuatu kepada waris seorang pesakit. setelah lama menunggu namun masih tidak habis maka kami mengambil keputusan untuk pergi ke female ward untuk clerk patient lain. ini lah saat yang tidak disukai kerana untuk pergi ke female ward dari male ward perlu melepasi 2 pintu yang berkunci dan perlu meminta tolong sama ada MA,nurse or cleaner kerana hanya mereka yang mempunyai kunci.
di female ward tidak ramai pesakit yang cooperative dan kebanyakannya sedang tidur. nadia beria-ria untuk cleck seorang patient orang putih yang agak istimewa fizikalnya. tapi ada sister yang sedang clerk pesakit tersebut.setelah lama menunggu dan perbualan mereka masih belum habis,maka aku dan alia mengambil keputusan untuk ke male ward dahulu untuk melihat case note Alvin sementara menunggu patient orang putih tu. untuk keluar dari female ward kami meminta tolong daripada kakak cleaner. namun untuk masuk ke dalam male ward mengalami kesukaran kerana tiada MA,nurse or cleaner berhampiran. kawan2 yang berada di dalam male ward pula seperti buat2 tidak nampak sahaja aku dan alia sedang berdiri di luar ward. tidak ada siapa yang sudi untuk menolong memanggil MA atau nurse ataupun cleaner untuk membukakan pintu ward. adakah mereka merasakan adalah lebih baik kurang pelajar di dalam ward agar tidak berebut untuk mendapatkan pesakit atau pun mereka berfikiran biar je lah..nanti2 ada la tu MA or nurse nampak. aku dan alia hanya berdiri dengan sabar melihat kerenah kawan2 yang buat2 seperti tidak nampak kami berdua. setelah 5 minit berada di antara pintu male ward dan female ward tiba2 ada sister yang keluar daripada female ward maka kami pun mengambil peluang masuk ke female ward balik daripada membuang masa berada di luar ward.
kami lihat pesakit orang putih tu hanya berbaring. kami menyuruh nadia clerk sebab dia yang beria-ria sangat nak clerk patient itu. patient bernama Laura dan berasal daripada England dan dimasukkan ke dalam hospital kerana tertekan dan tidak berminat untuk melakukan apa2 pekerjaan yang dilakukan.dia adalah seorang pelajar di sebuah akademi kecantikan di pending.
disebabkan kesuntukan masa kami terpaksa memberhentikan perbualan dan masuk ke dalam male ward untuk grand ward round male ward. kali ini kami bernasib baik kerana pintu dibuka untuk semua pelajar masuk ke dalam male ward.
kami bertiga adalah pelajar terakhir yang masuk tetapi bukanlah lewat. grand ward round agak membosankan kerana banyak membincangkan tentang management yang kami masih kurang fahami namun kadang kala menyeronokan bila mendengar tentang kelakuan pesakit yang tidak normal yang tidak akan dilakukan oleh masyarakat sekeliling seperti melekatkan stiker di dahi dan mengatakan bahawa dia seorang doktor dan polis berselang-seli. selepas grand ward round kami bersambung pula dengan lecture bersama prof fadzilah. beliau mengajar cara clerk patient dengan cara yang betul dan teratur. beliau mendemostrasi cara clerk yang betul dengan seorang pesakit dan pesakit itu adalah Alvin. cerita Alvin dengan prof consistent dengan apa dia ceritakan kepada kami sebelumnya. selepas clerk, prof meminta beberapa pelajar meng-interprete masalah patient itu dan semestinya pelajar kesayangannya, anis liyana turut ditanya. rasanya mesti anis liyana akan dapat 10 markah penuh untuk performance tetapi agak sensara sedikit la hidup sebab sentiasa ditanya.
kelas berakhir pada pukul 1.00pm dan pada pukul 2.00 kami ada lecture di lot pula. tetapi telah dilewatkan kepada 2.30 kerana memberi masa kepada pelajar untuk makan dan berehat. disebabkan kesesakan jalan raya aku sampai ke kolej pada pukul 1.30pm. just tapau nasi di siti cafe sebab teringin makan ikan keli hari ini. selepas rehat dan solat aku tidur sekejap. kerana malas nak bangun aku terlewat sedikit ke kelas. kira aku jadi 5th or 6th last la. selepas kelas bermula dalam sejam, hampir 1/3 pelajar tidur kerana kepenatan sama ada secara "tidak ikhlas" mahupun "ikhlas" termasuklah aku. tapi aku tidur "tidak ikhlas". maksud "ikhlas" tu adalah tidur yang betul2 ingin tidur iaitu meletakkan kepala di atas meja dan disertakan dengan dengkur dan mimpi manakala yang tidak ikhlas adalah tidur sambil duduk yang hanya terlelap sekejap dan berusaha untuk berjaga.
kelas Dr Saw tamat pada pukul 4.30ptg dan kimi mengajak aku untuk minum petang dan sebelum itu dia ingin ke jingkie untuk print sesuatu. sampai di sana ramai pula yang ingin print dan terpaksalah kimi membatalkan hasratnya. kami minum petang di kafe. aku dan kimi memesan teh tarik dan makan kuih. selepas itu pulang ke apartment dan solat asar sebelum keluar semula untuk menbuat kunci pendua bagi kunci rumah sewa aku. dah masa untuk duduk rumah sendiri. bayar mahal2 tapi tak duduk. rumah besar tapi tak duduk. time ini juga la hada call minta alihkan keretanya takut2 kena bola tapi memang tak dapat tolong la.
malam pula macam biasa makan beramai2 di lot 1 la..
p/s: hari ini adalah sangat2 terisi sampai dah penat jadinya. tapi hari ini enjoy kerana pertama kali berkerjasama dengan siti alia manakala nadia pula pernah menjadi PBL-mate selama 2 tahun. seronok kerana dapat clerk patient yang bagus ketika 1st time clerk. hari ini menambahkan lagi semangat aku yang sedang ingin berubah menjadi lebih baik ketika di tahun 4 ini.. hepi2 selalu.. =)
No comments:
Post a Comment