Blog ini tercipta untuk diri sendiri sebagai tempat meluahkan perasaan dan melepaskan apa yang ada dalam fikiran.
Yang pastinya blog ini pasti tidak terlepas daripada membicara tentang orang lain selain tentang diri sendiri. Oleh itu pada permulaan blog ini ingin dinyatakan bahawa apa yang bakal diposkan dalam blog ini adalah apa yang ada dalam otak dan hati penulis dan pastinya bukan apa yang terdapat dalam perut penulis.
Blog ini tidak mahu terlalu banyak bercakap tentang agama dan politik. Cukuplah sekadar membicarakan tentang diri sendiri dan orang lain berdasarkan pandangan seorang pelajar universiti yang masih kurang ilmu dan pengalamannya.
Bagi yang terasa anggaplah ini sebagai teguran ikhlas daripada seorang insan biasa kepada insan biasa yang lain. Orang kata kalau tak makan cili takkan rasa pedasnya.
Diri penulis pun bukanlah baik sangat, masih banyak cacat celanya dan banyak benda yang perlu diperbaiki.
Dengan ini bermula hidup baru penulis bersama blog baru mencari pengalaman dan cerita tentang kehidupan manusia di zaman sekarang..Yeaa..!!!
No comments:
Post a Comment