pagi ini hampir semua org sudah bersiap sblum pukul 7.20pg lg sedangkan kelas bermula pukul 8am. seperti biasa kantin menjadi destinasi pertama sebelum ke kelas. tapi hari ini aku berpuasa sunat kerana menemani afiq yg berpuasa nazar. lagipun aku jarang puasa sunat dan kali terakhir rasanya ketika puasa 6 selepas raya thun leps.
hari ini aku kelihatan lain daripada yg lain kerana aku memakai baju kemeja berwarna hijau yg dibeli drpd ikhwan setelah dia tersilap membeli tanpa melihat size. mungkin ini takdir utk aku memakai baju selain biru dan kesilapan ikhwan hnyalah sekadar alasan. seperti yang dijangkakan,ramai kawan menegur tentang keluarbiasaan aku pada hari ini. mungkin ini boleh menjadi sebagai petanda yang aku ingin berubah. dulu aku terfikir "aku akan berubah selepas mendapat kekasih" tetapi kini aku mengubahnya menjadi "aku perlu berubah dahulu untuk mendapat kekasih"..hehe.. orang kata untuk mendapat yang terbaik kita mestilah menjadi yang terbaik dahulu kerana lelaki yang baik itu adalah untuk perempuan yang baik.
semangat aku untuk belajar turut berkobar-kobar. aku meminjam buku di perpustakaan kerana buddy 5th year aku,kak sarah telah berikan buku forensic medicine kepada buddy 4th year,eva dan batch 4th year tiada di sini. aku meminjam 6 buah buku kerana setahu aku itulah jumlah maximum yang boleh dipinjam pada satu2 masa. salah 1 buku itu aku photostat bersama kawan2 kerana merasakan buku itu bagus.
pada sebelah petang setelah habis kelas aku tidur sebentar sebelum memulakan ulangkaji pertama. aku berazam utk belajar sekurang-kurangnya 2 jam sehari dan bagi seorang pelajar perubatan itu masih tidak mencukupi. aku juga telah meminta video clip lagu korea daripada Nofazila Buliami sebab tertarik dengan cara tarian mereka ketika menari.apabila sudah maghrib, aku pun pergi ke surau untuk melaungkan azan kerana kebanyakan pelajar lelaki lain masih lagi bermain sama ada futsal ataupun bola tampar dan tidak akan berhenti selagi tidak kedengaran azan.
selepas sembahyang maghrib, aku keluar makan bersama afiq,syed,ikhwan,hazemi dan mohad. mohad sekarang selalu meminta orang lain menanyakan soalan kerana 5th year akan exam prof 2 3 minggu dari sekarang. sebelum balik kami singgah sebentar di gingerbread bakery untuk membeli sedikit roti.
aku berharap perubahan aku akan terus berlaku dan akan kekal kerana tiada siapa mampu mengubah diri kita selain daripada diri kita sendiri.
selamat mula sem baru ojan. i wish to be there too. take care.
ReplyDeletep/s : comel gila dah ada blog eh. :)