Tuesday, April 13, 2010

Hari yang memeningkan

permulaan hari ini (13/4/2010) adalah sama seperti hari lain, tiada yang berbeza. bangun awal pagi, solat subuh, mandi dan bersiap untuk ke kelas. di dalam kelas pun tiada yang menarik untuk diceritakan. masih belajar tentang orang mati dan asyik kena kacau dengan "budak2 nakal".. haha..
selepas kelas habis maka disambung pula dengan sesi makan tengah hari. afiq masih berpuasa dan aku tidak kerana tidak tahu untuk berpuasa apa. mungkin khamis ini akan berpuasa dan cuba untuk istiqamah, insyaallah. pada sebelah ptg aku menolong kawan2 perempuan yang ingin berpindah mengangkat barang. bukan mengharapkan apa2 balasan tetapi sebab aku dicipta sebagai lelaki dan diorang dicipta sebagai perempuan dan jika aku tidak menolong sudah pasti tidak layak menjadi lelaki dan terasa diri ini kejamlah pula membiarkan "budak2 kecik" mengangkat barang2 yg berat. kimi dan syed turut membantu mengangkat barang selain kak sab.
selepas siap memindahkan barang dari kolej ke tempat tinggal baru mereka, aku turut pergi ke sana untuk membantu memindahkan barang. mereka tinggal di apartmen yang jaraknya dalam 10 minit dari fakulti dengan menaiki kereta. apartment itu sangat besar untuk 4 orang budak kecik tinggal. tapi yang membinbangkan adalah ramai mamat negro yang menjadi jiran diorang. dah lah banyak cerita tak elok yang aku dengar tentang mamat negro ini walaupun tak semua yang jahat. sama jugalah dengan bangsa sendiri, tak semua baik. hanya dapat berdoa moga "budak2 kecik" tu sentiasa dalam perlindungan Allah. setahun yang mereka perlu lalui dengan rasa bimbang dan takut setiap kali pulang apartment.
sebelah malam, common is common, keluar makan di lot 1 bersama afiq dan syed. balik saje dari makan aku ingin terus study tapi terasa amat mengantuk sekali. aku mengambil keputusan untuk tidur awal dan bangun awal untuk study.
aku masih pening memikirkan diri sendiri yang masih tidak tahu untuk tinggal di mana. untuk tinggal di dalam permohonan aku masih tidak ada maklum balas. tinggal diluar pula aku tiada geng untuk tinggal bersama. cuma terpaksa mengikut budak2 repeater. plan aku adalah untuk tinggal di luar dulu sementara menanti rayuan aku dan pindah semula jika rayuan aku diterima. kerana andai rayuan aku tak diterima, nanti tiada tempat tinggal pula. orang kata menarik rambut dalam tepung,rambut tak putus dan tepung tak berselerak. kena bijak dalam membuat keputusan.

No comments:

Post a Comment