Friday, April 9, 2010

Hari yang mendebarkan dan menggembirakan

Hari ini terjaga awal mungkin kerana berdebar2 memikirkan keputusan peperiksaan ulangan yang bakal keluar hari ini. jam baru pukul 4.30pg. alang2 dah terjaga terus ambil wuduk then solat tahajud dan solat hajat sementara menunggu waktu subuh. Pukul 5.21pg aku pun melaungkan azan menggunakan microfon menandakan telah masuk waktu subuh. selepas itu terus belari naik ke bilik Roslani utk mengejutnya bangun sebab aku teringin sujud sajadah hari ini dan Ruslani antara orang yg lancar membaca surah as-sajdah.
Lepas solat nak tidur balik tapi tidak dapat nak lelapkan mata. Dengan tarchycardia dan slightly reduced blood volume lepas derma darah semalam rasa jantung macam dah kena Atrial Fibrillation la pula.
kul 11pg result pun ditampal di hadapan lif. Dari jauh dah nampak 2 kotak daripada 12 dah kena gelapkan. cuak gak la time tu takut no matrix sendiri yg kena gelapkan. Alhamdulillah no. 19159 tidak kena. aku sebenarnya pelik juga bila ramai gak yg hafal no ini. cantik sangat ke no. ini untuk dihafal. x pun sebab no. ini selalu terpampang kat papan2 kenyataan dalam senarai pelajar yang gagal. tapi aku tak kisah pun sebab at least ada gak yg sudi tolong tengok untuk aku. dua sahabatku tidak bernasib baik kerana tidak dapat untuk ke tahun 4. aku harap mereka akan tabah menghadapinya. aku mungkin bernasib baik kerana kedua-dua mereka sama seperti aku iaitu fail medicine dan OnG namun aku seorang saja yang pass.
selepas itu bersiap-siaplah untuk ke masjid untuk menunaikan solat jumaat.
lps balik dari masjid kena buat surat rayuan untuk duduk kolej. semua geng aku dapat kolej tapi macamna la pula aku boleh tercicir. belum siap buat surat kena tolong bawa suri,ema dan anis bersama afiq pergi food choice untuk beli barang. malam ini diorg nak buat bubur jagung dekat surau sbagai tanda kesyukuran dah lulus exam.
before balik kolej, tinggalkan afiq dekat depan amah curry house sbb dia nak pegi sebekas untuk beli X-box yang dia mengidam sgt. aku tidak dapat ikut sebab surat rayuan masih tak siap lagi. sampai dalam apartmen, aku sambung balik menulis surat rayuan then print dan hantar pada pejabat kolej. aku tengok banyak juga la surat rayuan kat pejabat kolej. entah dapat ke tak aku nanti.
dah tak ada keja nak buat so buka fb je la. then afiq pn balik dengan X-box kesayangannya plus monitor dalam 32" selepas dihantar oleh ika sebab ika dan luqman dating kat sana. bilik sementara afiq yang dulu macam labour room untuk kucing sekarang dah ok sikit macam bilik aku dulu2.haha.. semua ini sebab nak bagi ada ruang nak letak X-box dan monitor.macam biasa lah, bagi seorang gamer mndapat konsol baru bagaikan mendapat awek baru dan mungkin lebih bahagia daripada mendapat awek baru. haha..
bila malam seperti biasa keluar makan dengan afiq dan mohad (orang yang banyak menolong kitaorg dalam exam ini dan jasanya akan selalu dikenang..hehe..). kadang2 ada luqman if dia tak keluar dating or ada junior baddy aku if dia xda apa2 kerja tapi malam ini dia ada usrah. malam ini makan dekat arif hotel. tukar selera lepas asyik selang seli antara M juntion dengan lot 1.
then balik kolej start menulis blog la dan macam biasa aku tertidur sebelum habis tulis. bangun pagi sambung balik dan habiskan apa yang patut.
kesimpulannya hari ini adalah hari yang menggembirakan dan terima kasih kepada semua orang yang telah banyak memberi sokongan dan mendoakan kejayaan aku dan rakan2 yang lain. moga dengan ini persahabatan kita semua akan lebih erat lagi.

No comments:

Post a Comment